Malaysia kaya dengan kepelbagaian budaya, bahasa, adat resam dan agama. Masyarakat luar sering memandang Malaysia sebagai negara moden perpaduan atas keharmonian dan kesejahteraan rakyatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang. Silang budaya berlaku apabila dua atau lebih individu daripada latar berbeza berinteraksi. Perbezaan latar belakang ini mencakupi budaya luaran yang ketara seperti pakaian. rupa, bahasa, adat resam, makanan dan tempat tinggal. Manakala, budaya dalaman yang tidak ketara adalah seperti pengetahuan, kepercayaan, moral dan nilai hidup. Apabila perbezaan budaya ini difahami, ia akan melahirkan hubungan yang positif dan harmoni.
Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam keadaan aman dan damai. Tiga kaum yang utama di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India. Melayu merupakan kaum terbesar dengan membentuk 54% daripada penduduk Malaysia. Melayu adalah satu kaum yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Kaum Melayu mempunyai pengaruh yang penting dalam arena politik di Malaysia. Cina pula mewakili 25% daripada penduduk Malaysia dan tinggal di bandar-bandar besar di pantai barat semenanjung Kebanyakan kaum Cina beragama Buddha, Taoisme atau Kristian dan menggunakan Bahasa Mandarin, Hokkien, Kantonis dan lebih dominan dalam bidang ekonomi. India pula membentuk 7.5% daripada populasi. Kebanyakannnya beragama Hindu dan bertutur Tamil, Malay dan Hindu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan