Apakah kebudayaan ?
Pada umumnya, istilah 'kebudayaan' sukar diberi takrif yang tepat kerana kebudayaan itu sendiri merupakan satu bidang yang sangat luas. Malahan boleh dikatakan hamper setiap pengkaji cuba memberi definisi kebudayaan mengikut tafsiran masing-masing.
Perkataan 'budaya' berasal daripada bahasa Sanskrit, buddhayah jaitu kata jamak yang berasal daripada buddhi yang membawa maksud budi dan akal. Dalam pengertian umum pula, 'kebudayaan' merupakan seluruh cara hidup masyarakat atau seluruh aspek pemikiran dan tingkah laku manusia yang diwarisi daripada satu generasi ke satu generasi yang lain melalui proses pembelajaran. Mengikut takrif kamus dewan pula, 'kebudayaan' membawa maksud cara hidup sebuah masyarakat, tamadun, peradaban dan kemajuan.
Justeru, dapat dirumuskan bahawa 'kebudayaan' merupakan keseluruhan cara hidup manusia sama ada dalam bentuk fikiran, kepercayaan, perlakuan ataupun penghasilan dalam sesebuah masyarakat yang diterima oleh sebahagian besar anggota masyarakat itu dan diwarisi secara turun temurun. Pendek kata kebudayaan termasuklah bentuk sosial, politik, adat istiadat serta ekonomi sesebuah masyarakat.
Apakah perpaduan?
Perpaduan ditakrifkan sebagai hubungan erat atau bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat Bersama sebara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain, perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara. Malaysia merupakan salah satu negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Antara kaum utama dia Malaysia lalah Melayu, Cina, India, Kadazandusun dan Iban. Perpaduan tidak akan tercapai jika ada segelintir pihak yang cuba untuk menjadi batu api dan menyemarakkan lagi isu perkauman dalam kalangan kaum di Malaysia.
Manakala, definisi perpaduan menurut Kamus Dewan 1994 mentakrifkan sebagai penggabungan iaitu bergabung menjadi satu dan kesepakatan. Perpaduan ini juga dapat didefinisikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk sebuah identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air.
Tambahan, Hj. Samat Buang (2003) mentakrifkan perpaduan sebagai satu penyatuan tenaga, fikiran, cita-cita dan pengorbanan dalam satu ikatan yang sepadu, kuat dan maju.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan