Keharmonian negara terjejas.
Rakyat tidak mempunyai matlamat yang serupa dan tidak dikongsikan bersama. Ini boleh menyebabkan keamanan negara, integrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, keadilan, kerjasama sesame masyarakat dan dedikasi masyarakat kepada negara tidak dipupuk serta disempurnakan dengan jaya. Seperti mana yang kita tahu, semua masyarakat inginnya keamanan dan keharmonian namun, sia-sia tanpa usaha daripada pihak pentadbiran negara untuk memupuk perpaduan dan integrasi nasional dalam negara.
Keadaan masyarakat sekeliling berasa tidak tenteram
Ketidakwujudan perpaduan dan integrasi menyebabkan rakyat berasa terkongkong dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah terhad. Hal ini menyebabkan perasaan tidak puas hati akan wujud dalam kalangan rakyat dan akhimya mencetus kepada pertelingkahan dalam etnik. Sebagai contoh, dalam aspek ekonomi. Merujuk kepada peristiwa 13 Mei 1969 di mana setiap etnik telah dipisahkan iaitu kaum Melayu bekerja sebagai nelayan dan petani, kaum India pula bekerja di Kawasan estet dan kaum Cina bekerja di bahagian perindustrian. Hal ini menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan kaum disebabkan pembahagian dalam sector ekonomi yang tidak adil. Oleh tiu, jelas betapa penting perpaduan untuk mengelakkan peristiwa 13 Mei berulang.
Wujudnya masyarakat yang tidak bermoral.
Apabila tidak wujud perpaduan, maka secara tidak langsung akan wujud masyarakat yang tidak bertolak ansur, tidak beretika dan tidak kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan. Apabila wujud masyarakat seperti ini, pergaduhan dan pertelingkahan dalam kalangan rakyat boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Hal ini tidak bolen dibiarkan kerana sekiranya tidak dibendung, ia boleh menyebabkan kematian akibat pegaduhan yang teruk. Masalah terhadap etnik sangat sensitif sekiranya tidak dihadapi dengan teliti.
Pendidikan di Malaysia terjejas.
Sekiranya tidak ada perpaduan, secara tidak langsung menjejaskan sistem Pendidikan di Malaysia. Seperti mana yang kita tahu, misi Kementerian Pelajaran Malaysia ialah membangunkan pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia di samping memperkembangkan potensi individu dan memenuhi aspirasi negara. KPM menetapkan matlamat, iaitu melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia, bersepadu, beriman dan berakhlak mulia. Hal ini adalah untuk keperluan kemajuan negara dan memberi peluang pendidikan kepada seluruh warganegara. Apabila wujudnya masalah perpaduan dalam negara maka timbul ketidaksamaan matlamat dan pendapat dalam masyarakat boleh menjejaskan pembangunan pendidikan dalam negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan