2. Aktiviti kebudayaan seperti perayaan membolehkan masyarakat berkongsi pengalaman dan mengeratkan hubungan. Rumah terbuka semasa perayaan utama memberi peluang kepada semua kaum untuk saling mengenali dan menghargai budaya masing-masing. Selain itu, seni tradisional seperti tarian dan muzik juga menjadi medium untuk memperkenalkan budaya lain dengan cara yang menarik. Makanan tradisional pula menjadi simbol perpaduan apabila masyarakat pelbagai kaum berkongsi hidangan dan merasai keunikan masakan antara satu sama lain.
3.Kerajaan memainkan peranan penting dengan menganjurkan program kebudayaan, festival, dan kempen perpaduan. Contohnya, program Rumah Terbuka Malaysia semasa perayaan utama menggalakkan interaksi antara kaum. Selain itu, dasar pendidikan yang menyokong kepelbagaian budaya membantu generasi muda memahami dan menghargai budaya lain. Kerajaan juga menyokong industri kreatif yang mempromosikan seni dan budaya tempatan di peringkat antarabangsa, sekali gus memperkenalkan keunikan budaya Malaysia kepada dunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan