Jumaat, 28 Februari 2025
JAWAPAN LATIHAN PENGUKUHAN
LATIHAN PENGUKUHAN
1. Bagaimanakah kepelbagaian budaya di Malaysia menyumbang kepada perpaduan kaum?
2. Bagaimanakah aktiviti kebudayaan seperti perayaan, seni, dan makanan tradisional membantu memupuk perpaduan?
3. Apakah peranan kerajaan dalam mempromosikan kebudayaan sebagai alat perpaduan?
KEPELBAGAIAN BUDAYA MASYARAKAT
PERMAINAN
Permainan tradisional Melayu merupakan warisan budaya penting di Malaysia yang diwarisi turun-temurun. Antara permainan Melayu ialah congkak, sepak takraw, wau, dan gasing. Kaum Cina mempunyai permainan seperti go, xianggi, dan yo-yo, manakala kaum India bermain kabaddi dan chaturangga. Walaupun zaman berubah, permainan ini masih popular dan bernilai dalam membentuk karakter serta identiti masyarakat. Ia dimainkan oleh semua peringkat usia, termasuk kanak-kanak, dewasa, dan warga tua.
PAKAIAN
Pakaian tradisional di Malaysia berbeza mengikut kaum. Kaum Melayu memakai baju kurung bagi wanita dan baju melayu bagi lelaki. Kaum Cina pula mengenakan cheongsam untuk wanita dan samfu untuk lelaki. Sementara itu, kaum India memakai sari bagi wanita dan kurta bagi lelaki. Setiap pakaian ini mempunyai ciri khas tersendiri dan mencerminkan warisan budaya masing-masing.
MUZIK
Muzik di Malaysia merangkumi tradisional dan kontemporari, dipengaruhi oleh budaya Melayu, Cina, India, dan Indonesia. Alat muzik Melayu termasuk gendang, seruling, dan gong, manakala masyarakat Cina menggunakan pipa, guzheng, dan yangqin. Kaum India pula memainkan tabla, nadaswaram, pullangulal, dan veenai. Selain muzik, Malaysia juga kaya dengan tradisi tarian, wayang kulit, silat, serta seni kraf seperti batik, sulaman, dan barangan perak.
MAKANAN
Masakan Malaysia mencerminkan kepelbagaian etnik dan budaya, dipengaruhi oleh masakan Melayu, Cina, India, Thailand, Jawa, dan Iban. Makanan tradisional sering dihidangkan semasa perayaan atau majlis khas dan melambangkan perpaduan rakyat berbilang kaum. Hidangan utama termasuk Nasi Lemak, Tosai, dan Yong Tau Foo, manakala kuih tradisional seperti Dodol, Karipap, dan Bahulu turut menjadi kegemaran ramai.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, kebudayaan memainkan peranan penting sebagai platform perpaduan dengan menggalakkan pemahaman, rasa hormat, dan penerimaan antara pelbagai kaum dan etnik. Melalui kepelbagaian budaya, rakyat dapat mengenali dan menghargai keunikan satu sama lain, sekali gus mengeratkan hubungan dan memperkukuh semangat kekitaan. Selain itu, industri budaya dan kreatif bukan sahaja mempromosikan kesenian dan warisan tempatan, malah menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Oleh itu, adalah penting untuk terus memelihara dan mempromosikan kebudayaan sebagai asas perpaduan yang kukuh dalam masyarakat yang berbilang kaum dan agama.
KESAN MENGABAIKAN PERPADUAN
Keharmonian negara terjejas.
Rakyat tidak mempunyai matlamat yang serupa dan tidak dikongsikan bersama. Ini boleh menyebabkan keamanan negara, integrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, keadilan, kerjasama sesame masyarakat dan dedikasi masyarakat kepada negara tidak dipupuk serta disempurnakan dengan jaya. Seperti mana yang kita tahu, semua masyarakat inginnya keamanan dan keharmonian namun, sia-sia tanpa usaha daripada pihak pentadbiran negara untuk memupuk perpaduan dan integrasi nasional dalam negara.
Keadaan masyarakat sekeliling berasa tidak tenteram
Ketidakwujudan perpaduan dan integrasi menyebabkan rakyat berasa terkongkong dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah terhad. Hal ini menyebabkan perasaan tidak puas hati akan wujud dalam kalangan rakyat dan akhimya mencetus kepada pertelingkahan dalam etnik. Sebagai contoh, dalam aspek ekonomi. Merujuk kepada peristiwa 13 Mei 1969 di mana setiap etnik telah dipisahkan iaitu kaum Melayu bekerja sebagai nelayan dan petani, kaum India pula bekerja di Kawasan estet dan kaum Cina bekerja di bahagian perindustrian. Hal ini menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan kaum disebabkan pembahagian dalam sector ekonomi yang tidak adil. Oleh tiu, jelas betapa penting perpaduan untuk mengelakkan peristiwa 13 Mei berulang.
Wujudnya masyarakat yang tidak bermoral.
Apabila tidak wujud perpaduan, maka secara tidak langsung akan wujud masyarakat yang tidak bertolak ansur, tidak beretika dan tidak kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan. Apabila wujud masyarakat seperti ini, pergaduhan dan pertelingkahan dalam kalangan rakyat boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Hal ini tidak bolen dibiarkan kerana sekiranya tidak dibendung, ia boleh menyebabkan kematian akibat pegaduhan yang teruk. Masalah terhadap etnik sangat sensitif sekiranya tidak dihadapi dengan teliti.
Pendidikan di Malaysia terjejas.
Sekiranya tidak ada perpaduan, secara tidak langsung menjejaskan sistem Pendidikan di Malaysia. Seperti mana yang kita tahu, misi Kementerian Pelajaran Malaysia ialah membangunkan pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia di samping memperkembangkan potensi individu dan memenuhi aspirasi negara. KPM menetapkan matlamat, iaitu melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia, bersepadu, beriman dan berakhlak mulia. Hal ini adalah untuk keperluan kemajuan negara dan memberi peluang pendidikan kepada seluruh warganegara. Apabila wujudnya masalah perpaduan dalam negara maka timbul ketidaksamaan matlamat dan pendapat dalam masyarakat boleh menjejaskan pembangunan pendidikan dalam negara.
KEPENTINGAN PERPADUAN
- Mengurangkan percanggahan dan konflik dalaman serta meningkatkan kestabilan dan keselamatan negara, rakyat dalam negara bersatu lebih menghormati antara satu sama lain, kurang diskriminasi, dan lebih cenderung bersatu demi kepentingan negara. Kestabilan ini juga menarik pelaburan dan perniagaan, seterusnya menggalakkan pembangunan ekonomi.
- Perpaduan antara kaum menggalakkan kerjasama, perkongsian sumber, dan inovasi, yang seterusnya memacu pembangunan ekonomi. Contohnya, di Malaysia, perpaduan antara kaum membantu memajukan ekonomi dan meningkatkan keharmonian sosial, sekaligus memacu negara ke arah kemakmuran.
- Kestabilan dalaman negara memperkukuh reputasi di peringkat antarabangsa, meningkatkan kualiti hidup rakyat, dan memperbaik peluang ekonomi dan budaya. Ia juga membentuk imej yang kukuh, mempromosikan pertukaran antarabangsa, dan meletakkan asas untuk pembangunan dan kemakmuran negara.
KEPENTINGAN KEBUDAYAAN
Identiti Rakyat Sendiri:
Kepelbagaian budaya membantu rakyat Malaysia mencari semangat kekitaan dan identiti dalam budaya yang berbeza. Ia meningkatkan pemahaman, rasa hormat, penghargaan, dan penerimaan terhadap budaya sendiri dan budaya lain. Selain itu, ia memberi inspirasi untuk menemui identiti dan nilai budaya sendiri serta menyokong perkembangan peribadi.
Menggalakkan Pembangunan Ekonomi:
Industri budaya dan kreatif membawa faedah ekonomi, mempamerkan budaya Malaysia di peringkat global, menarik pelaburan asing dan pelancong, serta menggalakkan pertukaran budaya dan persefahaman bersama. Ini membantu menghapuskan halangan budaya dan mempromosikan kepelbagaian budaya global. Kepelbagaian budaya juga mewujudkan peluang pekerjaan, meningkatkan ekonomi, dan memperkukuh kuasa insaniah negara.
Menggalakkan Pembangunan Ekonomi:
Industri budaya dan kreatif membawa faedah ekonomi, mempamerkan budaya Malaysia di peringkat global, menarik pelaburan asing dan pelancong, serta menggalakkan pertukaran budaya dan persefahaman bersama. Ini membantu menghapuskan halangan budaya dan mempromosikan kepelbagaian budaya global. Selain itu, kepelbagaian budaya mewujudkan peluang pekerjaan, meningkatkan ekonomi, dan memperkukuh kuasa insaniah negara.
AKTIVITI KEBUDAYAAN BAGI MEMUPUK PERPADUAN
Banyak yang boleh dilakukan antara orang ramai untuk menggalakkan perpaduan. Berikut adalah beberapa aktiviti yang boleh memupuk perpaduan di kalangan rakyat:
Khidmat masyarakat: Mengambil bahagian dalam aktiviti khidmat masyarakat boleh membawa kepada pemahaman dan penjagaan yang lebih baik terhadap orang dalam komuniti setempat, meningkatkan hubungan persefahaman antara satu sama lain.
Aktiviti fizikal: Mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal boleh meningkatkan kerjasama dan kepercayaan antara individu dan pasukan, di samping menggalakkan kecergasan fizikal dan meningkatkan keyakinan diri.
Pertukaran budaya: Mengambil bahagian dalam aktiviti pertukaran budaya boleh membuat orang lebih sedar tentang budaya dan tradisi orang lain, meningkatkan rasa hormat dan penghargaan bersama.
Aktiviti sukarelawan: Mengambil bahagian dalam aktiviti sukarelawan boleh membuatkan orang ramai memberi lebih perhatian dan membantu mereka yang memerlukan, dan meningkatkan simpati dan empati bersama.
DEFINISI KEBUDAYAAN DAN PERPADUAN
Apakah kebudayaan ?
Pada umumnya, istilah 'kebudayaan' sukar diberi takrif yang tepat kerana kebudayaan itu sendiri merupakan satu bidang yang sangat luas. Malahan boleh dikatakan hamper setiap pengkaji cuba memberi definisi kebudayaan mengikut tafsiran masing-masing.
Perkataan 'budaya' berasal daripada bahasa Sanskrit, buddhayah jaitu kata jamak yang berasal daripada buddhi yang membawa maksud budi dan akal. Dalam pengertian umum pula, 'kebudayaan' merupakan seluruh cara hidup masyarakat atau seluruh aspek pemikiran dan tingkah laku manusia yang diwarisi daripada satu generasi ke satu generasi yang lain melalui proses pembelajaran. Mengikut takrif kamus dewan pula, 'kebudayaan' membawa maksud cara hidup sebuah masyarakat, tamadun, peradaban dan kemajuan.
Justeru, dapat dirumuskan bahawa 'kebudayaan' merupakan keseluruhan cara hidup manusia sama ada dalam bentuk fikiran, kepercayaan, perlakuan ataupun penghasilan dalam sesebuah masyarakat yang diterima oleh sebahagian besar anggota masyarakat itu dan diwarisi secara turun temurun. Pendek kata kebudayaan termasuklah bentuk sosial, politik, adat istiadat serta ekonomi sesebuah masyarakat.
Apakah perpaduan?
Perpaduan ditakrifkan sebagai hubungan erat atau bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat Bersama sebara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain, perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara. Malaysia merupakan salah satu negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Antara kaum utama dia Malaysia lalah Melayu, Cina, India, Kadazandusun dan Iban. Perpaduan tidak akan tercapai jika ada segelintir pihak yang cuba untuk menjadi batu api dan menyemarakkan lagi isu perkauman dalam kalangan kaum di Malaysia.
Manakala, definisi perpaduan menurut Kamus Dewan 1994 mentakrifkan sebagai penggabungan iaitu bergabung menjadi satu dan kesepakatan. Perpaduan ini juga dapat didefinisikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk sebuah identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air.
Tambahan, Hj. Samat Buang (2003) mentakrifkan perpaduan sebagai satu penyatuan tenaga, fikiran, cita-cita dan pengorbanan dalam satu ikatan yang sepadu, kuat dan maju.
OBJEKTIF TUGASAN
1. Memberi justifikasi kebudayaan dan perpaduan
2. Mengaplikasikan pemahaman yang lebih mendalam tentang aktiviti kebudayaan bagi memupuk perpaduan
3. Memberikan pencerahan berkenaan kepebagaian budaya masyarakat
4. Mengutarakan kepentingan kebudayaan dan perpaduan
5. Kesan mengabaikan perpaduan
PENGENALAN
Malaysia kaya dengan kepelbagaian budaya, bahasa, adat resam dan agama. Masyarakat luar sering memandang Malaysia sebagai negara moden perpaduan atas keharmonian dan kesejahteraan rakyatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang. Silang budaya berlaku apabila dua atau lebih individu daripada latar berbeza berinteraksi. Perbezaan latar belakang ini mencakupi budaya luaran yang ketara seperti pakaian. rupa, bahasa, adat resam, makanan dan tempat tinggal. Manakala, budaya dalaman yang tidak ketara adalah seperti pengetahuan, kepercayaan, moral dan nilai hidup. Apabila perbezaan budaya ini difahami, ia akan melahirkan hubungan yang positif dan harmoni.
Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam keadaan aman dan damai. Tiga kaum yang utama di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India. Melayu merupakan kaum terbesar dengan membentuk 54% daripada penduduk Malaysia. Melayu adalah satu kaum yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Kaum Melayu mempunyai pengaruh yang penting dalam arena politik di Malaysia. Cina pula mewakili 25% daripada penduduk Malaysia dan tinggal di bandar-bandar besar di pantai barat semenanjung Kebanyakan kaum Cina beragama Buddha, Taoisme atau Kristian dan menggunakan Bahasa Mandarin, Hokkien, Kantonis dan lebih dominan dalam bidang ekonomi. India pula membentuk 7.5% daripada populasi. Kebanyakannnya beragama Hindu dan bertutur Tamil, Malay dan Hindu.
PENGHARGAAN
Editor
JABATAN KEJURUTERAAN AWAM
TAJUK : KEBUDAYAAN SEBAGAI PLATFORM PERPADUAN
NAMA PENSYARAH : PUAN MARIANI BINTI MAT DRIS
SESI II : 2024/2025